elemen dari lucid press

Sunday, July 19, 2009

pengumuman............

perhatian kepada semua pelajar tingkatan 3 kelas komputer......
pautan blog-blog.....3, adalah link terakhir untuk tugasan blog.....
kepada sesiapa yang blognya tidak tersenarai sama ada pada pautan blog-blog.....1, pautan blog-blog....2 atau pautan blog-blog....3, dianggap tidak menghantar tugasan blog ....oleh itu
markah untuk tugasan blog adalah kosong ( 0% ).


kepada blog-blog yang berkenaan........blog sesiapa yang saya tidak dapat kenalpasti tuan punya blog....markah juga tidak dapat diberikan...........maklumat asas yang perlu ada ialah nama penuh dan tingkatan.....oleh itu update blog segera!!!!!

pautan blog-blog............3

http://www.bientangdilangit.blogspot.com

http://www.mrsyafiqnorzizan.blogspot.com/

http://www.amysunie.blogspot.com/

http://revolusiaz.blogspot.com/

http://www.ctnadhirah.blogspot.com/

http://www.bdkmadgwar.blogspot.com/

http://www.kezaliman.blogspot.com/

http://starffan-pedu.blogspot.com/

http://aboutme-faris.blogspot.com/

http://wwwkamipunye.blogspot.com/

http://semujihockey.blogspot.com/

http://naad-cintameanlove.blogspot.com/

http://www.riderclub.blogspot.com/

http://ktrpendang.blogspot.com/

http://epaoni.blogspot.com/

http://farid_8194.blogspot.com/

http://aman-a7x.blogspot.com/

http://www.mirza-madeforrugby.blogspot.com/

http://www.akubudakmad-gwar.blogspot.com/

http://aiman5489.blogspot.com/

http://www.generasiragbiberiman.blogspot.com/

Tuesday, June 16, 2009

pengumuman...tugasan blog

tugasan blog dilanjutkan tempoh.......tarikh akhir pada 18 jun 2009...

e-mailkan kepada enazliyeop@gmail.com bersama nama penuh dan tingkatan ahli kumpulan....

kegagalan berbuat demikian...markah tugasan blog akan dipotong sehingga 0%.

harap maklum.

Wednesday, May 20, 2009

tipss guna google....

Sebagai seorang pelajar (universiti atau sekolah), berikut adalah beberapa “command” yang biasa di gunakan untuk mencari bahan-bahan yang berguna untuk tujuan pelajaran.
#1. Guna google sebagai kamus
Taip define:[perkataan] untuk mencari maksud sesetengah perkataan dengan menggunakan Google.
Contoh : taip define:action potential untuk mencari maksud bagi action potential. Action potential adalah terma saintifik dalam bidang biologi.

#2. Guna google untuk mencari nota-nota dalam format ppt (powerpoint) doc (word) dan pdf
Taip [tajuk nota] filetype: [ppt,word,pdf]
Contoh : taip bacteria structure filetype:ppt untuk mencari nota-nota mengenai bacteria structure dalam bentuk powerpoint presentation. Tukar ppt kepada doc atau pdf untuk mencari dalam format lain.


#3. Guna google untuk mencari nota-nota atau bahan interaktif dalam format swf (flash)
Bosan dan tidak faham membaca nota-nota yang penuh dengan tulisan? Cuba mencari bahan-bahan dalam bentuk flash yang penuh animasi dan interaktif.
Contoh : taip gram staining filetype:swf untuk mencari bahan animasi flash mengenai gram staining.

Jadikan proses pembelajaran lebih interaktif, belajar secara bijak !

sumber dari.......http://waidakmy.com/....terima kasih!!

Wednesday, May 6, 2009

tugasan blog.....

tajuk bebas....tugasan secara berpasangan, olehitu buktikan blog tersebut projek anda sendiri dengan paparkan nama ahli kumpulan dan kelas.......

tugasan siap!!!! e-mailkan alamat blog beserta nama ahli kumpulan dan kelas ke ...... enazliyeop@gmail.com sebelum 7 jun 2009

harap maklum.

Monday, May 4, 2009

tipss...6

Apa itu Data CD?
Anda ingin burn fail ke dalam CD, yang akan digunakan di komputer sahaja. Contohnya, anda ingin backup fail-fail kerja anda seperti fail Word, Excel dan lain-lain.
Apa itu Audio CD?
Anda ingin burn CD untuk dimainkan pada pemain MP3 atau CD Audio, contohnya pada radio kereta anda. Juga boleh dibaca dengan komputer anda.
Apa itu Videos/Pictures CD?
Anda ingin burn movie atau gambar-gambar untuk dimainkan pada pemain VCD. Juga boleh dimainkan pada komputer anda.
Apa itu Image CD?
Anda ingin burn fail yang berformat .iso ke dalam CD. Fail ISO ini boleh jadi data CD, Audio CD atau Video/Pictures CD. Fail ISO atau Image fail adalah satu proses yang menukarkan keseluruhan isi CD kepada satu fail sahaja.
Begitulah 4 jenis kategori utama format burn CD atau DVD. Semoga anda memahami kenapa CD yang diburn tidak boleh dipasang pada pemain VCD. Anda perlu menggunakan format burn yang sesuai, walaupun fail yang anda burn itu adalah format video sekali pun.

sumber dari.......http://waidakmy.com/....terima kasih!!

Monday, April 27, 2009

tipss... blog!



MENCIPTA BLOG
Blog adalah satu laman web yang mudah digunakan, di mana anda boleh memberi pendapat, berinteraksi dengan orang ramai secara percuma.
Menulis, menyelenggara blog atau menambah rencana kedalam blog yang sediada dikenali sebagai blogging. Rencana individu yang berada pada blog dikenali sebagai blog post, post atau entries. Individu yang menghantar entries ini dikenali sebagai blogger. Blog terdiri daripada text, hypertext, gambar dan pautan(kepada Laman Web lain serta video, oudio dan fail-fail yang lain). Blog seringkali menjurus kepada perkara yang khusus kepada perkara-perkara yang boleh menarik minat. Seperti perkembangan plolitik semasa, budaya atau pengalaman peribadi.
Blog boleh dikendalikan oleh penyedia perkhidmatan blog, atau boleh juga menggunakan perisian blog yang terdapat pada pegendali laman web.
PENGENALAN KEPADA BLOG
Blog biasanya mengandungi data-data seperti dibawah:
Tajuk tajuk utama
Body kandungan utama
Komen komen yang diberikan oleh pembaca
Kategori (or tags) kategori yang diberikan berdasarkan rencana.
Blogroll lain-lain blog
Permalink URL penuh, rencana individu
Tarikh dan Masa tarikh dan masa penyiaran
Trackback sambungan kepada lain-lain web yang berkaitan dengan data tersebut
Bagaimana perbezaan blog dari web tradisional
Sesetengah blog berbeza daripada laman web yang biasa. Ia mudah untuk dibina. Data baru dimasukkan melalui borang yang mudah (kebiasaannya mengandungi tajuk, kategori, dan bahan rencana) kemudian di hantar. Pengawal laman web akan mengawasi kemasukkan rencana ke dalam laman web, mengikut tarikh dan kategori. Kebiasaannya pencipta Blog akan menjemput penulis lain untuk berinteraksi di mana kebenaran akses ke Blog adalah mudah diuruskan.
Bagaimana blog dibuat.
Perisian blog - seperti Nukleus CMS, jenis yang senang berubah tempat, Blogsom, iBlog, etc--- menjadikan blog. Program digabungkan untuk mewujudkan antaramuka yang mudah untuk pengguna dan format yang diubahsuai. Sistem pelayan (server base system) diperlukan oleh blogger untuk menguruskan perisian. Dengan laman antaramuka ini, sesiapa sahaja boleh menggunakan blog dari mana mana tempat dia berada melalui Internet, dan membenarkan pengguna mencipta blogs tanpa perlu menyelenggara pelayannya (server). Blogroll adalah senarai pautan yang mencipta rangkaian untuk blog. Blogger yang mempunyai minat yang sama akan berkongsi blogroll bagi membantu antara satu sama lain melalui Internet.
Sistem Maklumbalas
Membenarkan pelawat memberi komen terhadap kandungan blog. Kekerapan komen menunjukkan populariti blog tersebut, tetapi sesetengah bloggers lebih suka pre- screen atau menyekat komen.
Sesetengah syarikat penyedia laman web (Tripod), penyedia perkhidmatan Internet (America
Online), "Online Publications" (Salon.com) dan portal Internet (Yahoo! 360ยบ) menyediakan perkhidmatan mencipta perkakasan dan penyedia blog .

sumber dari.......http://waidakmy.com/....terima kasih!!

Sunday, April 26, 2009

tipss..5

Bagaimana tahu komputer telah dijangkiti virus? (Termasuklah trojan, spyware, malware dan seangkatannya)
1 - Ada notis dari antivirus, komputer anda telah dijangkiti virus (penting untuk ada perisian antivirus dan sentiasa diupdate)
2 - Wujud fail2 baru yang anda tak pernah lihat sebelum ini (kadang2 dalam bentuk hidden file, lihat cara di sini untuk tunjukkan hidden file/folder)
3 - Thumb drive anda tak boleh klik 2 kali untuk buka. Perlu klik kanan untuk buka (kebanyakannya lah)
4 - Komputer menjadi makin lambat (tidak semestinya kadang2 kerana ada banyak sebab lain juga)
5 - Dan macam2 lagi (Ada tanda2 lain yang anda mahu kongsikan? )
Cara membersihkan virus secara amnya
1 - Catat nama virus (secara tepat) dari notis antivirus anda. Susah untuk selesaikan masalah ini jika tak tahu nama virus. Kalau wujud fail baru, ambil nama fail tu beserta extension failnya sama ada .exe, .dll, .vb dan lain2
2 - Buka search engine Google atau Yahoo, dan paste nama virus atau nama fail di kotak search. Selalunya, akan ada penyelesaian untuk virus tu, sama ada di forum atau website antivirus. Jika bernasib baik, akan ada removal tool nya sekali. Boleh juga nak reword search dengan tambah perkataan “removal” untuk dapatkan hasil carian yang lebih baik.
3 - Buka beberapa cara penyelesaian tersebut dan bandingkan. Ambil penyelesaian yang paling dekat dengan masalah yang dihadapi dan anda faham apa yang perlu dibuat (paling penting sekali). Kelebihan jika memahami bahasa inggeris. Jika tak berapa faham keyword yang digunakan, cari maknanya di Google gunakan tips define.
4 - Cetak penyelesaiannya dan cuba ikuti langkah demi langkah. Jika ada nota beramaran, ambil perhatian apa amarannya, dan jangan lakukannya.
Penyelesaian ini secara amnya, mungkin dapat (mungkin tidak) menyelesaikan masalah yang anda hadapi, bergantung kepada kes. Yang penting, rawat secara cepat sebelum lebih teruk komputer anda di’kerjakan’. Jika telah teruk, ambil apa yang terjadi sebagai pengajaran untuk masa depan. Manusia kan sentiasa lebih ingat pada kesilapannya.
Sebenarnya, paling penting adalah mencegah daripada mengubati. Paling baik adalah elakkan perkara2 di bawah ini
1 - Melawati laman2 web yang diragukan (faham2 sendiri lah)
2 - Mencari cheat code games melainkan anda tahu caranya (di mana sumber yang sah)
3 - Menggunakan MiRC, Kazaa, Limewire, etc (maaflah, tapi memang saya cop semua ini antara sumber kemasukan virus)
Jika nak buat juga No 2 dan 3, pastikan ada antivirus yang bagus dan sentiasa diupdate (saya pernah cerita tentang ini di tips lama2). Kemudian,wajib pasang firewall yang bagus (boleh cuba filseclab, saya dah cuba bagus juga)
Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubatinya!!

sumber dari.......http://waidakmy.com/....terima kasih!!

tipsss....4

Apa itu WiFi dan WiMax?
WiFi dan WiMax adalah teknologi tanpa wayar (wireless) untuk akses ke Internet.
Apa beza WiFi dan WiMax?
Konsep asas WiFi dan WiMax adalah lebih kurang sama, namun apa yang berbeza adalah WiMax jauh lebih laju, lebih luas liputannya dan boleh digunakan oleh ramai orang.
Lihat gambarajah di bawah (Nota: Jarak yang ditulis adalah sebagai anggaran saja)



Aplikasi WiFi dan WiMax berbeza
Bluetooth adalah teknologi tanpa wayar untuk jarak yang pendek (PAN) contohnya telefon bimbit ke telefon bimbit lain, komputer ke kamera dan lain2.
WiFi selalu digunakan untuk menyambungkan komputer2 dalam LAN seperti di rumah, kafe, lapangan terbang dan lain2.
Manakala WiMax pula untuk menyambungkan komputer2 di kawasan yang luas seperti satu negeri malah negara.
Oleh itu, walaupun WiFi dan WiMax adalah teknologi tanpa wayar, kedua2nya adalah berbeza dari segi aplikasinya. Malah tak boleh dibandingkan secara terus sebab kegunaan kedua2nya berbeza.

sumber dari.......http://waidakmy.com/....terima kasih!!

tipss...3


Antara Kekunci Keyboard yang berguna
1 - HOME
Bila ditekan, kursor akan dibawa ke permulaan baris di mana kursor itu berada
Boleh digunakan semasa proses menaip
2 - INSERT
Bila ditekan, ayat yang ditulis akan overwrite ayat yang sedia ada, jika ditulis di antara dua ayat sedia ada
Sesuai digunakan dalam mana2 program menaip seperti Word
3 - DELETE
Akan padam ayat di sebelah kanan kursor, bila ditekan
Berlawanan dengan kekunci "BACKSPACE" yang padam ayat di sebelah kiri kursor
Juga sesuai diguna masa menaip
4 - END
Berlawanan dengan kekunci "HOME"
Bila ditekan, kursor akan bergerak ke hujung baris di mana kursor itu terletak
Amat sesuai ketika menaip
5 - PRT SC SYSRQ (PRINT SCREEN)
Akan copy apa yang terdapat di screen monitor anda
Boleh dipaste ke mana2 program editor gambar seperti MS Paint
6 - PAGE DOWN / PAGE UP
Sama fungsi dengan butang skrol di mouse anda
Sesuai jika mouse anda versi lama yang tiada fungsi skrol
7 - NUM LOCK
Bila ditekan dan ada lampu menyala di atasnya, kekunci nombor di sebelah kanan keyboard akan diaktifkan
Proses menaip nombor lebih cepat dengan aktifkan kekunci nombor
8 - TAB
Di dalam program menaip seperti Word, kekunci ini digunakan untuk "indent" perenggan anda. Kursor akan bergerak ke tengah semakin ditekan
Bila digabung dengan kekunci lain, boleh tukar view program anda ........

sumber dari.......http://waidakmy.com/....terima kasih!!

tipss...2

Macam mana pindah program ke program lain tanpa klik taskbar?
Mudah!! Gunakan kekunci ALT + TAB di keyboard anda
1 - Tekan “ALT” serentak dengan “TAB”
2 - Satu menu akan keluar di tengah skrin komputer. Menu ini akan tunjuk semua program2 yang dah dibuka
3 - Tanpa lepaskan “ALT”, tekan “TAB” beberapa kali. Ketika ini, penunjuk dalam menu akan berubah ke program seterusnya. Jadi, tekan “TAB” beberapa kali untuk sampai ke program yang kita mahu.
Cth :-
3 program dah dibuka di taskbar. Menu akan tunjuk Program A, B & C. Katakan anda mahu ke Program C, tekan “TAB” 2 kali untuk sampai ke Program C. Begitulah seterusnya.

sumber dari.......http://waidakmy.com/....terima kasih!!

peringatan tugasan multimedia & e-mail

sesiapa yang masih belum hantar tugasan,,,sila berbuat demikian.....kalau tidak....markah zerooooo!!!

hantar selepas dateline.....dah potong markah.....lebih baik sikit jangan kosong.....
tugasan e-mail dah bertahun dateline dia......tugasan multimedia sehingga 30 april....

tipsss..

Guna Keyboard Tanpa Keyboard
Klik Butang "Start"
Pilih "Programs"
Pilih "Accessories"
Pilih "Acessibility"
Klik "On-Screen Keyboard"

sumber dari.......http://waidakmy.com/....terima kasih!!

tugasan satu

semua pelajar kelas 3a1, 3a2, 3a3 dan 3a4 harus menyiapkan tugasan membina blog secara berpasangan...tugasan sehingga 7 jun 2009.

tajuk blog adalah BEBAS.......