elemen dari lucid press

Monday, April 27, 2009

tipss... blog!



MENCIPTA BLOG
Blog adalah satu laman web yang mudah digunakan, di mana anda boleh memberi pendapat, berinteraksi dengan orang ramai secara percuma.
Menulis, menyelenggara blog atau menambah rencana kedalam blog yang sediada dikenali sebagai blogging. Rencana individu yang berada pada blog dikenali sebagai blog post, post atau entries. Individu yang menghantar entries ini dikenali sebagai blogger. Blog terdiri daripada text, hypertext, gambar dan pautan(kepada Laman Web lain serta video, oudio dan fail-fail yang lain). Blog seringkali menjurus kepada perkara yang khusus kepada perkara-perkara yang boleh menarik minat. Seperti perkembangan plolitik semasa, budaya atau pengalaman peribadi.
Blog boleh dikendalikan oleh penyedia perkhidmatan blog, atau boleh juga menggunakan perisian blog yang terdapat pada pegendali laman web.
PENGENALAN KEPADA BLOG
Blog biasanya mengandungi data-data seperti dibawah:
Tajuk tajuk utama
Body kandungan utama
Komen komen yang diberikan oleh pembaca
Kategori (or tags) kategori yang diberikan berdasarkan rencana.
Blogroll lain-lain blog
Permalink URL penuh, rencana individu
Tarikh dan Masa tarikh dan masa penyiaran
Trackback sambungan kepada lain-lain web yang berkaitan dengan data tersebut
Bagaimana perbezaan blog dari web tradisional
Sesetengah blog berbeza daripada laman web yang biasa. Ia mudah untuk dibina. Data baru dimasukkan melalui borang yang mudah (kebiasaannya mengandungi tajuk, kategori, dan bahan rencana) kemudian di hantar. Pengawal laman web akan mengawasi kemasukkan rencana ke dalam laman web, mengikut tarikh dan kategori. Kebiasaannya pencipta Blog akan menjemput penulis lain untuk berinteraksi di mana kebenaran akses ke Blog adalah mudah diuruskan.
Bagaimana blog dibuat.
Perisian blog - seperti Nukleus CMS, jenis yang senang berubah tempat, Blogsom, iBlog, etc--- menjadikan blog. Program digabungkan untuk mewujudkan antaramuka yang mudah untuk pengguna dan format yang diubahsuai. Sistem pelayan (server base system) diperlukan oleh blogger untuk menguruskan perisian. Dengan laman antaramuka ini, sesiapa sahaja boleh menggunakan blog dari mana mana tempat dia berada melalui Internet, dan membenarkan pengguna mencipta blogs tanpa perlu menyelenggara pelayannya (server). Blogroll adalah senarai pautan yang mencipta rangkaian untuk blog. Blogger yang mempunyai minat yang sama akan berkongsi blogroll bagi membantu antara satu sama lain melalui Internet.
Sistem Maklumbalas
Membenarkan pelawat memberi komen terhadap kandungan blog. Kekerapan komen menunjukkan populariti blog tersebut, tetapi sesetengah bloggers lebih suka pre- screen atau menyekat komen.
Sesetengah syarikat penyedia laman web (Tripod), penyedia perkhidmatan Internet (America
Online), "Online Publications" (Salon.com) dan portal Internet (Yahoo! 360ยบ) menyediakan perkhidmatan mencipta perkakasan dan penyedia blog .

sumber dari.......http://waidakmy.com/....terima kasih!!

No comments:

Post a Comment