elemen dari lucid press

Wednesday, May 20, 2009

tipss guna google....

Sebagai seorang pelajar (universiti atau sekolah), berikut adalah beberapa “command” yang biasa di gunakan untuk mencari bahan-bahan yang berguna untuk tujuan pelajaran.
#1. Guna google sebagai kamus
Taip define:[perkataan] untuk mencari maksud sesetengah perkataan dengan menggunakan Google.
Contoh : taip define:action potential untuk mencari maksud bagi action potential. Action potential adalah terma saintifik dalam bidang biologi.

#2. Guna google untuk mencari nota-nota dalam format ppt (powerpoint) doc (word) dan pdf
Taip [tajuk nota] filetype: [ppt,word,pdf]
Contoh : taip bacteria structure filetype:ppt untuk mencari nota-nota mengenai bacteria structure dalam bentuk powerpoint presentation. Tukar ppt kepada doc atau pdf untuk mencari dalam format lain.


#3. Guna google untuk mencari nota-nota atau bahan interaktif dalam format swf (flash)
Bosan dan tidak faham membaca nota-nota yang penuh dengan tulisan? Cuba mencari bahan-bahan dalam bentuk flash yang penuh animasi dan interaktif.
Contoh : taip gram staining filetype:swf untuk mencari bahan animasi flash mengenai gram staining.

Jadikan proses pembelajaran lebih interaktif, belajar secara bijak !

sumber dari.......http://waidakmy.com/....terima kasih!!

Wednesday, May 6, 2009

tugasan blog.....

tajuk bebas....tugasan secara berpasangan, olehitu buktikan blog tersebut projek anda sendiri dengan paparkan nama ahli kumpulan dan kelas.......

tugasan siap!!!! e-mailkan alamat blog beserta nama ahli kumpulan dan kelas ke ...... enazliyeop@gmail.com sebelum 7 jun 2009

harap maklum.

Monday, May 4, 2009

tipss...6

Apa itu Data CD?
Anda ingin burn fail ke dalam CD, yang akan digunakan di komputer sahaja. Contohnya, anda ingin backup fail-fail kerja anda seperti fail Word, Excel dan lain-lain.
Apa itu Audio CD?
Anda ingin burn CD untuk dimainkan pada pemain MP3 atau CD Audio, contohnya pada radio kereta anda. Juga boleh dibaca dengan komputer anda.
Apa itu Videos/Pictures CD?
Anda ingin burn movie atau gambar-gambar untuk dimainkan pada pemain VCD. Juga boleh dimainkan pada komputer anda.
Apa itu Image CD?
Anda ingin burn fail yang berformat .iso ke dalam CD. Fail ISO ini boleh jadi data CD, Audio CD atau Video/Pictures CD. Fail ISO atau Image fail adalah satu proses yang menukarkan keseluruhan isi CD kepada satu fail sahaja.
Begitulah 4 jenis kategori utama format burn CD atau DVD. Semoga anda memahami kenapa CD yang diburn tidak boleh dipasang pada pemain VCD. Anda perlu menggunakan format burn yang sesuai, walaupun fail yang anda burn itu adalah format video sekali pun.

sumber dari.......http://waidakmy.com/....terima kasih!!