elemen dari lucid press

Wednesday, May 20, 2009

tipss guna google....

Sebagai seorang pelajar (universiti atau sekolah), berikut adalah beberapa “command” yang biasa di gunakan untuk mencari bahan-bahan yang berguna untuk tujuan pelajaran.
#1. Guna google sebagai kamus
Taip define:[perkataan] untuk mencari maksud sesetengah perkataan dengan menggunakan Google.
Contoh : taip define:action potential untuk mencari maksud bagi action potential. Action potential adalah terma saintifik dalam bidang biologi.

#2. Guna google untuk mencari nota-nota dalam format ppt (powerpoint) doc (word) dan pdf
Taip [tajuk nota] filetype: [ppt,word,pdf]
Contoh : taip bacteria structure filetype:ppt untuk mencari nota-nota mengenai bacteria structure dalam bentuk powerpoint presentation. Tukar ppt kepada doc atau pdf untuk mencari dalam format lain.


#3. Guna google untuk mencari nota-nota atau bahan interaktif dalam format swf (flash)
Bosan dan tidak faham membaca nota-nota yang penuh dengan tulisan? Cuba mencari bahan-bahan dalam bentuk flash yang penuh animasi dan interaktif.
Contoh : taip gram staining filetype:swf untuk mencari bahan animasi flash mengenai gram staining.

Jadikan proses pembelajaran lebih interaktif, belajar secara bijak !

sumber dari.......http://waidakmy.com/....terima kasih!!

1 comment: